Tuesday, May 20, 2008

Buka mata, akal dan jiwa melangkah ke jawapannya...










Bukak Mata di Ruangkala, dan juga paparan artist...(review in progress)

Monday, May 19, 2008

Delegasi Kegelapan Terselindung



10 Mei, Kebun Mimpi Gallery - Pertembungan diantara dua pelukis muda iaitu Ilham Fadhli Shaimy (kojak) dan Haslin Ismail (katun) pada pameran duet mereka yang berlangsung pada pukul 8 malam hari tersebut telah di rasmikan oleh tokoh sasterawan negara, A. Samad Said. Pembukaan pada pameran ini juga telah disajikan dengan seni persembahan dari sebuah kumpulan yang terdiri dari tiga gugusan studio iaitu "sebiji padi, pepaktaklumat dan kursani".

Ilham Fadhli dan Haslin yang merupakan antara pelukis muda seni visual kontemporari di Malaysia telah berganding bahu dalam mempamerkan kekuatan seni catan mereka menerusi idea dan intipati pemahaman yang berbeza.

Di sebalik kewujudan alam dan keadaan sekeliling, pastinya wujud sudut 'kegelapan' yang tetap akan memburu sesiapa sahaja dan Haslin telah tampil dengan karya beliau yang penuh unsur misteri pada kanvas catan sentuhan beliau. Elemen seperti imej makhluk fantasi dan pelik di wujudkan dalam karya beliau dengan gaya yang tersendiri. Beliau juga mencerminkan diri beliau yang berhadapan dengan kegelapan dalaman diri beliau itu sendiri.

Manakala Ilham Fadhli pula mengeluarkan satu idea dimana fenomena akan datang yang penuh tragedi dan dunia akan terjerumus ke lembah kejatuhan dan penuh tanda tanya. Karya beliau juga membawa persoalan dengan fenomena yang agak unik untuk diamati dan yang pastinya ia membawa satu daya intelek untuk para penggemar seni bermonolog dalaman tentang karya beliau.